Thursday 13 June 2013

Pengalaman di lautan luas..


Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali nk ucapkan 'selamat berkenalan dan selamat bertemu kembali'.. dah lama tak update blog sbb sibuk sgt sebelum ni plus tak de and taktau nk tulis entry tentang apa. Kita ni tak puitis sgt, almaklumlah. Hehe. Merendah diri pulak ye. Ok, hari ni tiba-tiba terdetik pulak nk share pengalaman aku semasa buat ujian praktikal berkaitan aktiviti 'marine' atau lebih dikenali sebagai aktiviti laut untuk subjek 'Recreational Tourism_Marine'. Aktiviti tu diadakan di Pulau Sibu, Mersing, Johor pada 15hb sehingga 17hb Mac 2013.


Actually memang seronok sgt sepanjang dkt sana. Honestly mula2 rasa nervous sgt nk pergi tu tp fikir ni markah dan aktiviti best. Bila lg nk dpt pergi kan? Hehe.

Ok lah, start cerita. Dalam seminggu sebelum nk gerak tu, aku dgn kwn-kwn kls sibuk lah cari barang-barang kperluan utk pergi sana contohnya macam baju, seluar, kasut, beg, torchlight dan macam-macam lagi lah. Lepas dh dpt barang tu, kitorang siap testing lagi sesama sndr. Memang nmpak agak excited lah. Lepastu kitorg pon packing lah barang masuk dalam beg. Ishh kalau nk ikutkan, rasa mcm nk bawak satu bilik terus pergi sana. Huhu.


ni la antara aktiviti kitorg sebelum packing barang. testing baju. hehe.  ni housemate aku a.k.a. classmate a.k.a. gaduhmate.


Nampak tak gambar tu? Yg dalam gambar tu adalah eyka, housemate a.k.a. classmate dan jugak gaduhmate. nak tawu sbb apa? sbb kitorg brdua ni hari-hari ade je nk bergaduh. tp gaduh kejap-kejap je, gaduh-gaduh manja la pendek kata sbb dia ni antara kawan plg rapat dgn aku even org nmpak kitorg mcm tak ngam kekadang. Tapi, dia lah kwn yg boleh kongsi macam-macam dgn aku. Senang cita, aku dgn dia ni ibarat saling melengkapi antara satu sama lain. Hehe.

Then, hari yg dinanti-nantikan pon dah tiba. Pagi tu lepas subuh dalam pukul 6.30 pagi kitorg dh kena berkumpul dekat kawasan Politeknik untuk dengar taklimat dan amik segala bekalan yang dibekalkan oleh para Lecturer. Masa tu mmg terserlah la kehuru-haraan kami bila masing-masing bawak beg dan barang-barang macam nk pindah terus ke sana. (paham2 je lah). Kami pergi 2 kelas. Hehehe. Bila semua dah ada and dah lengkap, semua pelajar diarahkan utk naik ke dalam bas. Masa perjalanan utk sampai ke lokasi lebih kurang dalam 2 jam setengah.

masa dalam bas dgn classmates


Setibanya di lokasi iaitu di Jeti Tanjung Leman, semua turun dari bas dalam keadaan yang agak mabuk sebab jalan yang kami lalui tu agak bengkak-bengkok dan berliku-liku dan ditambah pulak dgn bukit-bukau. Lepastu, apa lagi? Semua pergi beli asam utk kurangkan pening-pening mabuk tu termasuklah aku. 






Kami berkumpul kat sini, kumpul semua beg-beg dan barang-barang, and dengar taklimat dari lecturers serta facilitators. Lepastu kami diarahkan utk beratur utk naik bot utk bergerak ke lokasi yg dinanti-nantikan iaitu di Pulau Sibu. Tempoh masa yang diambil utk smpai ke Pulau Sibu Besar tu adalah kira-kira 30 minit kalau naik bot kayu biasa. Tapi kalau naik speed boat cuma amik 15 minit je sebab bot tu pecut gila laju! phewww!





Ni laa kitorg yg naik bot tu. Ni tempat duduk yg atas tau.. lebih kurang dalam 14 orang je muat space situ. Yg lain-lain ramai-ramai tu dduk kat dalam bot. kt bawah kitorang. Hehehe. Memang best. Tapi masa ni aku agak mabuk laut sebab bot tu bergoyang-goyang ikut air laut yg bergelora. Tapi best sgt! Seorang kawan aku dh prepare beg plastik kt tgn dia just in case kalo rasa nk muntah. Sian! Haha. Then time ni kitorg main passing2 asam sbb masing2 nk ilangkan pening including me. Walaupun agak pening, tapi excited sgt!

Lepas setengah jam, kami pon smpai di lokasi yg dijanji-janjikan iaitu di pulau! Walawehhh cuaca..panas btol! Baru brp jam kulit aku dh kena sunburn. Tak guna sapu sunblock awal-awal tadi tau.






Bila dh sampai tu, apa lagi.. serbu campsite! taklimat sikit2 lps tu kami semua diarahkan utk pasang khemah dan ditetapkan 1 khemah utk 4 ke 5 orang. Aku dh ada geng! terus pergi pasang khemah and masuk barang dalam khemah dgn geng. Hehehe.



Lepas dah siap2 khemah, simpan barang semua, kami berkumpul dkt campsite ni ikut kumpulan yg dh diagihkan dari sebelum datang sini lagi utk aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Haa! maknanya aktiviti yang dah tertera dalam jadual dah bermula. So unbelieveable! Waktu ni lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Lepas tamat LDK, semua pelajar dan pensyarah bergerak ke surau berdekatan utk solat zohor. Lepas solat, aktiviti yg dinanti-nantikan pon bermula.

Kami semua bergerak ke satu kawasan pantai yg agak jauh dari campsite ni sbb mungkin kat sana sesuai kot. Hehe. Semua berjalan kaki sambil pakai life jacket siap-siap dan bawak air mineral masing2 menuju ke pantai berkenaan. Masa perjalanan lebih kurang 15 mnit.

Sampai di sana, kami berkumpul ikut kelas utk dgr taklimat dari fasilitator iaitu En. Effendi dan 2 orang lagi. (tak ingt nama). Setelah di'brief'kan mengenai kayak dan water confident, kami pon diarahkan utk buat aktiviti berasingan ikut kelas. Kelas aku buat water confident manakala satu lagi kelas buat aktiviti kayak. Masa tu, Ya Allah Tuhan je yg tawu aku takut sgt dgn air! 





Kami satu kelas beratur 1 barisan panjang2 mcm ni sambil dgr taklimat dari fasi. Aku masa ni nebesss! Tapi buat2 cool..hehe. Bila one time dh ready, fasi suruh berjalan sambil pegang tgn ramai2 dan masuk ke dalam air. Wuhuuu takut tapi cool je. Time jalan nak masuk air tu, jari kaki aku boleh pulak cramp! aduhh dugaan. Tapi takpelah buat donknow je. Brjalanlah smpai fasi ckp 'stop!'. Then, ikut arahan bila dia suruh terlentang dan meniarap. Takut2 berani aku jadinya.


Lepastu, kami dipecahkan kepada dua utk form dua bulatan dan buat benda yg sama.


Lepastu, fasi suruh free kan diri dari kengkawan dan berenang secara individu ke bahagian air lebih dalam utk buat aktiviti yg sama. Kaku aku masa tu. Haha. Tapi cuba relaks. Then, dalam kiraan 3, kami pon berenang sorang2 ke sana bersepah2 masing2. Ada yg terhoyong hayang, ada yg tenggelam timbul, ada yg terlebih confident and ada jgak yg tak bergerak-gerak! kelakar! 

Nasib baik masa tu ada kawan2 nak tolong2 jugak sambil berenang tu smpai lah kami semua berkumpul dalam dua bulatan dkt situ dan mula buat aksi yg sama. Hehe. Best. Lepas dh puas hati, kami pon berenang blk ke persisiran pantai dan get ready utk buat aktiviti kayak pulak. Part ni mmg tak tahan! huhu.

Bila nk start berkayak, macam biasa lah briefing dlu oleh fasi. Lepastu, kena ikut turn nk buat aktiviti tu sbb kayak tak cukup kalo nk buat smua org sekali gus. Aku buat masa trip yg kedua lps trip pertama setel. Sementara tggu tu, kami yg tggal dlm 9 org ni main2 air and selut2 dlu. Bila trip pertama dh blk, kami pon amik la port masing2 kat kayak kami tu. Aku dduk di bahagian dpn whereas partner aku dduk blkg. Dh dduk dalam tu, waaa!! Beratnya padle! Haha. First time nk buat cmana kan. 




Hmm, aku and partner adalah yg plg akhir bergerak slepas yg lain2. Diorg smua dh mengayuh. Jauhnya diorg pegi..hahaii. Aku and partner terus lah mengayuh dgn tangan dah mcm nk tercabut ni, panas terik lagi tu. hehe. Then, smpai la dkt kwn2 dan fasi yg berkumpul kt tgh2 tu utk satu aktiviti di ats kayak. Masa aku nk parking tu, aku and partner boleh pulak tersasar jauh smpai dah panik. Kawan2 yg dh siap parking tu menjerit2 panggil kitorg patah blk tp aku and partner dah panik and teragak2 nk kayuh padle tu nk buat U-turn. Haihh mmg menakutkan. Lepas bbrp minit baru boleh patah blk dan parking kt sebelah kayak2 diorang. Fuhh! Lepas dh siap aktiviti dkt situ, kami diarahkan utk berpecah dan berkayuh utk balik ke pantai. Masa tu lg sekali aku dan partner tersasar. Taktahulah sbb apa, mgkin sbb letih + panik kot. Bayangkanlah first time and kt tgh2 laut. Masa tu mmg taktau nk fikir apa. Sampailah fasi dtg jemput and bg guide. Baru la lega sikit. Kawan2 yg lain semua dh gerak blk ke pantai. Takde gambar utk yg ni sbb masa pon dh lewat ptg, smua org dh letih and dh siap2 nk blk ke campsite. Then, sepanjang prjalanan mengayuh blk ke pantai, berlaku lah satu dialog antara aku dan fasi.

aku : air ni berat.. 
fasi : air yg berat?? ke awk yg tak ngaku yg awk tu yg berat? hehehe
aku : (ketawa je lahh)

Lepas habis aktiviti tu semua blk ke campsite. Bersihkan diri, solat, makan malam, and mulalah aktiviti dgn fasi di dewan. Macam-macam aktiviti, tak habis kalo nk cita satu2. Aktiviti tamat hampir pukul 12 malam and lecturer arahkan utk jaga campsite ikut grup dalam masa sejam then tukar dgn next group. 

Esoknya subuh2 siap2 utk solat subuh. Lepastu, sambung dgn aktiviti kecergasan dan LDK. Then sarapan. Hari kedua ni agak menarik sbb pagi tu kami akan buat aktiviti 'snorkeling'!!. Pagi tu dalam pkul 9 kami bergerak ke Pulau Sibu Kukus utk aktiviti tersebut. Masa ni aku dan 13 org lg naik speed boat. best!


Perjalanan kami ni hanya ambik masa selama 15 mnit je berbanding diorang yg berpuluh2 lagi tu. Hehe. Excited tak ingt apa dh masa ni. Tengok pemandangan laut, indahnyaaaaaa..

Sampai je dkt Pulau Sibu Kukus, aku terpegun tgok view dia! Nah bg tgok.












Sementara tggu diorg yg lain2 tu smpai, kami yg ada dgn bbrp org lecturer main lah dulu dkt pantai ni. Bestnya..walaupun tgh panas, kulit pon dh mcm kena BBQ je. huhu. View dkt pantai ni mmg cantik sgt!

And, bila yg lain2 sampai, berkumpul, dgr briefing dari fasi, maka bermulalah 'scene' plg best which is 'snorkeling'! 














Lama jugak kami kat sini, duration dlm 3jam. Sepanjang aktiviti ni, dapatla capture gambar2 precious mcm ni :-




















Selesai aktiviti, kami pon diangkut blk ke campsite. Hehe. Berbaloi2.. Letih + penat sgt tp best! Petang sikit, kami buat aktiviti 'boating' pulak. and rasa sndr cara nk handle bot tu. dalam erti kata lain, bawak bot tu lah. Fuhh!




Selesai aktiviti tu, kami semua bersihkan diri, solat maghrib, makan malam dan diteruskan dgn aktiviti malam kebudayaan. Macam biasalah ada persembahan ikut kumpulan. Kumpulan mana hebat akan menang. Haihh penat pulak bercerita ni. Kikiki. Tapi excited nk cite part Marine je! :P



Ok, sambung cite. Esoknya pagi2 mcm biasa, solat subuh, aktiviti kecergasan dan LDK kmudian sarapan. Haa hari ni hari ketiga merupakan hari terakhir berada kt sini. Hari ketiga ni kami buat aktiviti 'fishing' or memancing. Dilaksanakan by class lah. Tiba giliran kelas aku. hehe. Siapa nk merasa boleh la buat sbb fishing rod x byk, kena takes turn. 

aku testing. tengok! dh mcm ikan kering terbakar! huhu

Selesai aktiviti, balik campsite, bersihkan diri, kemas barang, kemas khemah. Dh nk blk! Mcm tak pcaya je yg everything is done! Kemudian, start sesi amik gambar reramai. Dgn lecturers and fasi.



Lepas dh setel semua, urusan semua dh setel, maka kami semua berangkat blk ke jeti Tanjung Leman naik bot. Perjalanan ke sana mengambil masa sama mcm masa smp sini hari tu. Mula lah melayan deruan ombak dan alunan air laut yg bergelora. hehe.



Selamat tinggal Pulau!! Sampai di jeti, tunggu bas pulak dan bila bas sampai, kami semua naik bas utk balik ke Politeknik di Pasir Gudang. Ramai2 tdo dalam bas memandangkan ptg tu pulak hujan. Best tdo. Setelah mengaharungi perjalanan pulang, kami pon tiba di perkarangan Politeknik kira2 jam 6.30 petang. Lega! dh selesai rupanya. Alhamdulillah..


Bila final result kluar, subjek ni dpt A. Alhamdulillah..ramai yg dpt A. Terimakasih Lecturers!



Gambar ihsan dari kamera Lecturer.



Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment